Tuesday, September 7, 2010

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Welcome Adik-adik

Posted by fiquer On January - 30 - 2009

Seusai mesyuarat tempoh hari, antara agenda dalam memperlihatkan ‘kewujudan’ alumni adalah memperlihatkan sesuatu sewaktu pembukaan sekolah pada tahun ini. Justeru, antara cadangannya adalah dengan meletakkan satu banner di kawasan sekolah bagi mengalu-alukan kedatangan para pelajar baru tingkatan satu yang akan mendaftar pada hari pertama buka sekolah.

banner

Melalui jawatankuasa yang dibentuk, dan juga tajaan dari seorang penaja, akhirnya banner tersebut dapat disiapkan dan digantung sehari sebelum pelajar tingkatan satu mendaftarkan diri. Buat penaja yang ingin merahsiakan namanya, jutaan terima kasih diucapkan diatas sumbangan anda menaja kos pembikinan banner tersebut. Semoga keikhlasan anda diberkati Allah.

Justeru itu, diharapkan tidak terlewat untuk mengucapkan selamat datang, ahlan wasahlan kepada adik-adik tingkatan satu yang berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar SMKA Baling. Semoga adik-adik dapat meyambung kegemilangan SMKAB, insya-Allah.

Add A Comment

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN