Tuesday, September 7, 2010

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Web alumni

Posted by Alumni SMKAB On July - 22 - 2009

Assalamualaikum dan selamat datang…

Setelah beberapa perbincangan diadakan, akhirnya pihak sekolah melalui Cikgu Wan Hazlina telah bersetuju memberikan satu subdomain kepada alumni untuk melancarkan web alumni ini. Jutaan terima kasih dari pihak alumni diucapkan atas sumbangan tersebut.

Dengan bertemakan “Seiring Sejalan Bersama SMKAB”, diharapkan laman web yang masih dalam proses pembikinan ini mendapat maklum balas dari semua alumni SMKAB.

Jadi, bagaimana pandangan dengan laman web ini? Anda punyai cadangan atau sebarang komen? Jika ada bolehlah ‘publish’kan komen anda di ruangan komen di bawah.

Untuk makluman semua, dari pihak admin laman web ini amatlah berharap kepada mana-mana alumni atau wakil setiap batch agar dapat memberikan perkembangan batch anda masing-masing termasuklah aktiviti yang dijalankan agar dapat dikongsikan disini. Juga dipohon agar disertakan sekali gambar-gambar aktiviti untuk tatapan bersama.

Manakala dari jawatankuasa penaja pra alumni juga berharap mana-mana individu yang kreatif agar dapat merekacipta logo rasmi untuk alumni SMKAB. Insya-Allah, kalau ianya menarik dan sesuai, akan dicanangkan sebagai logo rasmi alumni. Hantarkan seberapa banyak yang boleh karya rekacipta anda beserta dengan penerangan tentang setiap warna dan bentuk pada logo yang anda cipta itu dan hantarkan ke alumnismkab@gmail.com.

Di bawah ini adalah logo alumni buat sementara waktu ini. Jika terdapat logo yang lebih menarik dari anda, insya-Allah logo tersebutlah yang akan dipilih kerana untuk tujuan pendaftaran persatuan alumni, setiap persatuan yang ingin mendaftar perlulah menyertakan sekali logo serta maksud-maksudnya supaya ianya jelas untuk tujuan berpersatuan.

LOGO

Kalau ada juga cadangan untuk tema alumni selain dari “Seiring Sejalan Bersama SMKAB” ini, bolehlah turut serta dengan mengutarakan cadangan anda tersebut. Terima kasih..

Add A Comment

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN