Tuesday, September 7, 2010

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Tunas Muda 09

Posted by Alumni SMKAB On June - 12 - 2009

Bermula dari 29 Mei hingga 1 Jun yang lalu, suasana di SMKA Baling sekali lagi riuh dengan kehadiran bekas-bekas pelajar bagi menguruskan satu program tahunan, Kem Tunas Muda. Alhamdulillah, tamat sudah program tersebut dengan jayanya.

Ibarat sireh pulang ke gagang, kehadiran bekas-bekas pelajar sememangnya dialu-alukan oleh pihak sekolah. Untuk tahun ini, program yang bertemakan ‘Akhlak Al-Quran Pemangkin Generasi Quraani’ telah dinakhodakan oleh pengarah program, saudara Mahzan (G7). Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, program kerohanian ini memfokuskan kepada pelajar-pelajar tingkatan dua sahaja.

Namun, yang menariknya, program sebegini sememangnya disambut baik oleh alumni SMKAB. Saban tahun, seramai hampir 60 orang wakil alumni yang dikumpul dari setiap generasi hadir bagi memberikan komitmen yang padu terhadap program ini. Ia ibaratkan seperti ‘mini reunion’ bagi yang hadir kerana disaat ini kebanyakan yang hadir dapat bertemu semula rakan-rakan seperjuangan dahulu, sama ada senior atau junior. Tambah menarik, program sebegini juga menemukan para alumni dengan guru-guru kesayangan.

Selama empat hari berkampung di taman raudhah SMKAB, pendedahan tentang pengalaman dan sedikit sebanyak ilmu yang berguna dicurahkan kepada adik-adik peserta yang terlibat. Disamping bertujuan untuk membimbing adik-adik, program sebegini juga telah memberi peluang kepada alumni yang terlibat untuk menabur bakti kepada sekolah tercinta.

Tentunya ramai dikalangan alumni yang belum pernah menyertai program ini berhajat untuk menyertainya. Yang pastinya, jasa dan khidmat bakti para alumni sememangnya dialu-alukan oleh pihak sekolah. Diharapkan, untuk tahun-tahun yang mendatang, ramai lagi alumni dapat turut serta dalam program sebegini demi kegemilangan SMKAB yang dicintai.

Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut, bolehlah lapangkan masa mengunjungi blog rasmi Kem Tunas Muda di http://tunasmuda.co.nr.

Album Tunas Muda, klik disini.

*sebarang komen dan maklum balas bolehlah diemailkan ke alumnismkab@gmail.com. Segala komen dan maklum balas anda amatlah dihargai.

7 Responses

  1. akuadalahaku Said,

    Aku dengaq serita kata kelam kabut habih TM tahun ni… Aku tak mau komen banyak, tapi ka pada pandangan aku, kerjasama tu penting. Pengarah yang berkaliber jugak perlu dalam menggerakkan jawatankuasa bawah. Kalau ada yang kata tak berpengalaman, kita kan dh ada banyak generasi yang lebih ’senior’ yang pernah handle TM secara profesional?

    Ataupun batch2 bawah ni yg pandai2 sendiri kot….

    Posted on August 25th, 2009 at 3:00 pm

  2. alumni smkab gak Said,

    apa2 jelah…
    bila nak berkembang aku pun xtau….

    Posted on September 2nd, 2009 at 2:23 am

  3. keynah Said,

    jangan slalu menuduh macam tu.. kalau anda rasa anda lebih professional dan lebih senior, turun la padang.. jangan la harap orang nak jemput. ni kalau nak cari orang buat kerja susah sungguh.. tapi bila yang nak mengkritik tu ramai ja nak bukak mulut..

    Posted on December 3rd, 2009 at 3:08 pm

  4. M.Ridzuan.alKindy Said,

    Hmm… tak tau la… Ana doakan semoga TM tahun hadapan lebih baik. Ana ada dengar juga masalah-masalah semasa TM ‘09.

    Walau apapun, tahniah ana ucapkan kepada committee yang terlibat. Semoga usaha antum diberkati dan dirahmati-Nya.

    Barakallahu fikum.

    Posted on December 13th, 2009 at 1:11 am

  5. Eira Said,

    Wah, menarik.

    Ada sebarang cadangan untuk diadakan Program Seminar Kerjaya bersama adik-adik yang masih menuntut di SMKAB? Bantu mereka mencari hala tuju pekerjaan sebelum memasuki IPT.

    Tkasih

    Posted on December 24th, 2009 at 12:05 pm

  6. elridzuan Said,

    mengenai tm’09. xada masalah pn sbnrnya.. n mgkn tuan2 n puan2 hanya dngr khabar dr angin yg kdang2 xmnggambarkn rupa yg sbnr.. alhamdulillah tm bjalan seperti dirancang. n mencapai objektif program. Ajk pelaksana menjalankn tugas dgn baik. untuk gambaran lebih jelas, tuan2 n puan2 bleh rujuk tunasmuda.co.nr.
    eira : cadangan yg baik. jawatankuasa penaja alumni sedang dlm usaha mjalankan aktiviti2 yg memberi manfaat pd pelajar n bekas pelajar. Anda bleh sampaikan cdangan kpd ajk2 yg tlibat. Cdgn anda dpat mperkasakn gerak kerja alumni smkab

    Posted on February 17th, 2010 at 5:46 pm

  7. Bruce Said,

    apa2 jelah…
    bila nak berkembang aku pun xtau….

    Posted on May 20th, 2010 at 12:36 am

Add A Comment

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN