Tuesday, September 7, 2010

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Reunion Mega?

Posted by fiquer On July - 23 - 2009

reunionSalam sejahtera…pada 18 Julai yang lalu, bertempat di salah sebuah bilik kuliah bangunan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Gombak, satu mesyuarat jawatankuasa penaja pra alumni telah berlangsung, dengan kehadiran hanya lima orang sahaja. Walau bagaimanapun, agenda tetap diteruskan.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah tentang perkara-perkara yang berbangkit berdasarkan minit mesyuarat yang pertama dahulu. Ada beberapa perkara yang masih dalam pemerhatian yang harus diselesaikan.

Antaranya, untuk setiap batch, belum ada lagi jawatankuasa yang dibentuk manakala database alumni belum cukup lengkap dan masih ramai lagi yang belum mendaftar. Justeru, untuk mengumpul semula database alumni, satu sistem baru akan digunakan bagi menggantikan sistem pendaftaran yang sedia ada.

Namun begitu, antara perkara yang hangat diperbincangkan adalah tentang rancangan untuk mengadakan satu reunion besar-besaran melibatkan semua generasi alumni SMKAB. Rancangan ini sudah awal-awal lagi dicanangkan namun belum dapat dilaksanakan memandangkan struktur organisasi alumni pada ketika itu belum cukup sempurna lagi. Walau bagaimanapun, dalam merencana program sebegini, ada masalah yang akan timbul.

Dalam mesyuarat kali ini, satu jawatankuasa khas telah dilantik bagi menjayakan program reunion ini. Namun, jawatankuasa ini bergantung juga pada sambutan untuk mengadakan reunion tersebut. Ia bergantung kepada ahli-ahli alumni yang dapat hadir memandangkan tarikh untuk program tesebut masih lagi dalam pertimbangan pihak jawatankuasa.

Oleh itu, bagi mendapat maklum balas anda tentang tarikh yang sesuai untuk program tersebut, diharapkan agar dapat membuat undian tentang program reunion tersebut diruangan poll sebelah. Diharapkan dengan kaedah ini satu keputusan dapat dibuat untuk program tersebut.

*juga letakkan komen dan pandangan anda tentang program ini dibawah.

9 Responses

  1. alumni smkab gak Said,

    kalau nak meeting tu ajak la budak2 uia laen, jangan nanti ade yang cakap kitorang xinvovle plak…. nak buat bende besar2 tapi xajak orang laen, kalau camtu jangan nak mintak database la ape la… xde gune pun.

    Posted on August 3rd, 2009 at 11:02 pm

  2. Alumni SMKAB Said,

    maaf la, bukan xnk jmput. meeting tempoh hari kt uia tu pun dibuat segara mngejut mlibatkan jawatankuasa yg dilantik pd meeting bulan 12 tahun lepas. cumanya agenda reunion ni baru pertama kali di bawa ke mesyuarat. insya-Allah, lepas ini, kita akan libatkan sesiapa yg sukarela untuk turut sama dlm program ini. harap dpt mengikuti laman ini dari masa ke semasa..terima kasih atas komen anda..

    Posted on August 4th, 2009 at 9:52 pm

  3. keynah Said,

    apa perkembangan projek reunion mega ni??

    Posted on August 5th, 2009 at 11:11 am

  4. batch pertama 1996 Said,

    salam…good job…kalau boleh jgnla kat UIA ja…ex smkab bukan dok UIA saja..byk lagi yang dah berjaya universiti lain pun byk gak..

    Posted on February 10th, 2010 at 11:56 pm

  5. elridzuan Said,

    alumni smkab gak & bacth pertama 1996 : Maaf atas kesulitan tuan2 n puan2. Jawatankuasa pra-alumni sedang dlm usaha melibatkn seramai mungkin bekas2 pelajar smkab. Xkira dr mana2 universiti pn. Hatta dr luar negara pn kita nk libatkn. Oleh kerana sistem yg masih baru dibuat, rmai yg masih blum tau, n mgkn sbb 2 jgk maklumat xsampai. Klu dlu bnyk libatkn stdnt uia ja sbb agak mudah nk berhubung d antara stdnt uia. tp skrg penggerak berada d tempat2 yg berlainan. Dan kita dlm usaha ntuk mperbaiki sistem penyebaran maklumat. Untuk membantu, anda yg prihatin, bleh update maklumat dr web site ni @pn dr unit2 perhubungan setiap bacth. Dan kami mengharapkn bantuan anda ntuk menyebarkn maklumat. Terima kasih atas kepedulian tuan2 n puan2

    Posted on February 17th, 2010 at 5:36 pm

  6. zati che ani Said,

    sgt bgs reunion mega.ana ex smkab form3 2005 leh ker join?cne cra nk jdi ahli bekas2 stdent smkab n jd fasilitator tunas muda?sgt2 bhrp coz nk sgt jmpe kwn2 lme.

    Posted on March 1st, 2010 at 4:28 am

  7. aLiF Said,

    alhamdulillah….
    sonok tengok korg ni….
    ada komitmen….masih lg da sumbangan kan smkA baling….
    cmne aku nak join ea???
    aku pom tringin gak…..

    Posted on March 24th, 2010 at 12:11 pm

  8. m.zihanul Said,

    assalamualaikum,

    ana ada cadangan sikit, oleh kerana kita banyak yg dh berpisah, dok jauh2, ada yg bertempat kt lain2 negeri or univ, apa kata lantik sorg ajk utk setiap negeri or setiap universiti sbg penggerak or penyebar maklumat. sng sikit utk kontek or buat pengumuman. x semua yg ada selalu bukak blog ni. terima kasih.

    wassalam

    Posted on April 7th, 2010 at 1:09 pm

  9. shahab Said,

    Assalamualaikum…
    ana dari batch pertama…
    ana stuju dgn ajk setiap negeri tu…
    tapi kna pastikan yang aktif dan mibile..

    Posted on April 20th, 2010 at 9:02 am

Add A Comment

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN