Monday, February 6, 2012

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Archive for the ‘Pengumuman’ Category

Perjumpaan Khas

Posted by Alumni SMKAB On February - 10 - 2010

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekali lagi jawatankuasa penaja pra alumni telah diberi keizinan untuk mengajak semua sahabat-sahabat alumni SMKA Baling bagi sama-sama turun ke bumi SMKAB pada 14hb Feb ini untuk duduk bersama membincangkan perlaksanaan program yang bakal diadakan pada tahun ini.

Berikut adalah maklumat berkenaan perjumpaan tersebut:

poster copy

Selain daripada agenda utama tersebut, ada beberapa lagi agenda lagi yang bakal dibincangkan pada perjumpaan kali ini. Semoga kedatangan para alumni dapat memberi buah fikiran yang terbaik bagi memastikan program-program yang dirancang dapat berjalan dengan sewajarnya.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan diruangan komen dibawah ataupun emelkan ke alumnismkab@gmail.com

Salam Aidilfitri & Reunion Raya

Posted by fiquer On September - 18 - 2009

Assalamualaikum dan salam akhir Ramadan..

Alhamdulillah, hari ini, genap sudah 28 hari kita berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Bulan Ramadan bakal melabuhkan tirainya menandakan Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Semoga diari Ramadan kita pada tahun ini diisi dengan sebaiknya walaupun dihimpit dengan kesibukan tanggungjawab yang lain.

Dikesempatan ini, ingin diucapkan selamat menyambut Aidilfitri buat semua alumni SMKA Baling, tak kira dimana saja berada. Semoga lebaran ini membawa erti kepada kita semua tentang keinsafan dan maksud sebenar hari penganugerahan tersebut. Maaf zahir dan batin.

Untuk makluman semua, dukacitanya dimaklumkan bahawa rancangan untuk mengadakan sambutan ‘reunion’ alumni SMKAB yang diwar-warkan sebelum ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh tertentu yang akan dimaklumkan kemudian. Kami ingin memohon maaf atas tidak dapat melaksanakannya buat julung kalinya diatas sebab-sebab tertentu.

Sehubungan dengan itu, diatas nasihat saudara pengerusi, adalah amat dialu-alukan untuk setiap ‘batch’ alumni SMKAB untuk mengadakan ‘reunion’ masing-masing pada hari raya ini. Diharapkan dengan berkumpulnya rakan-rakan seangkatan dahulu dapat mengukuhkan lagi pergerakkan persatuan alumni kita ini. Anda bolehlah merujuk ketua ‘batch’ masing-masing di halaman ‘Jawatankuasa’ di blog ini untuk mendapatkan maklumat tentang batch reunion anda.

Akhir kata, pihak jawatankuasa alumni sekali lagi ingin memohon maaf diatas pembatalan rancangan untuk mengadakan reunion mega pada hari raya ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri….

Reunion Mega?

Posted by fiquer On July - 23 - 2009

reunionSalam sejahtera…pada 18 Julai yang lalu, bertempat di salah sebuah bilik kuliah bangunan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Gombak, satu mesyuarat jawatankuasa penaja pra alumni telah berlangsung, dengan kehadiran hanya lima orang sahaja. Walau bagaimanapun, agenda tetap diteruskan.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah tentang perkara-perkara yang berbangkit berdasarkan minit mesyuarat yang pertama dahulu. Ada beberapa perkara yang masih dalam pemerhatian yang harus diselesaikan.

Antaranya, untuk setiap batch, belum ada lagi jawatankuasa yang dibentuk manakala database alumni belum cukup lengkap dan masih ramai lagi yang belum mendaftar. Justeru, untuk mengumpul semula database alumni, satu sistem baru akan digunakan bagi menggantikan sistem pendaftaran yang sedia ada.

Namun begitu, antara perkara yang hangat diperbincangkan adalah tentang rancangan untuk mengadakan satu reunion besar-besaran melibatkan semua generasi alumni SMKAB. Rancangan ini sudah awal-awal lagi dicanangkan namun belum dapat dilaksanakan memandangkan struktur organisasi alumni pada ketika itu belum cukup sempurna lagi. Walau bagaimanapun, dalam merencana program sebegini, ada masalah yang akan timbul.

Dalam mesyuarat kali ini, satu jawatankuasa khas telah dilantik bagi menjayakan program reunion ini. Namun, jawatankuasa ini bergantung juga pada sambutan untuk mengadakan reunion tersebut. Ia bergantung kepada ahli-ahli alumni yang dapat hadir memandangkan tarikh untuk program tesebut masih lagi dalam pertimbangan pihak jawatankuasa.

Oleh itu, bagi mendapat maklum balas anda tentang tarikh yang sesuai untuk program tersebut, diharapkan agar dapat membuat undian tentang program reunion tersebut diruangan poll sebelah. Diharapkan dengan kaedah ini satu keputusan dapat dibuat untuk program tersebut.

*juga letakkan komen dan pandangan anda tentang program ini dibawah.

Web alumni

Posted by Alumni SMKAB On July - 22 - 2009

Assalamualaikum dan selamat datang…

Setelah beberapa perbincangan diadakan, akhirnya pihak sekolah melalui Cikgu Wan Hazlina telah bersetuju memberikan satu subdomain kepada alumni untuk melancarkan web alumni ini. Jutaan terima kasih dari pihak alumni diucapkan atas sumbangan tersebut.

Dengan bertemakan “Seiring Sejalan Bersama SMKAB”, diharapkan laman web yang masih dalam proses pembikinan ini mendapat maklum balas dari semua alumni SMKAB.

Jadi, bagaimana pandangan dengan laman web ini? Anda punyai cadangan atau sebarang komen? Jika ada bolehlah ‘publish’kan komen anda di ruangan komen di bawah.

Untuk makluman semua, dari pihak admin laman web ini amatlah berharap kepada mana-mana alumni atau wakil setiap batch agar dapat memberikan perkembangan batch anda masing-masing termasuklah aktiviti yang dijalankan agar dapat dikongsikan disini. Juga dipohon agar disertakan sekali gambar-gambar aktiviti untuk tatapan bersama.

Manakala dari jawatankuasa penaja pra alumni juga berharap mana-mana individu yang kreatif agar dapat merekacipta logo rasmi untuk alumni SMKAB. Insya-Allah, kalau ianya menarik dan sesuai, akan dicanangkan sebagai logo rasmi alumni. Hantarkan seberapa banyak yang boleh karya rekacipta anda beserta dengan penerangan tentang setiap warna dan bentuk pada logo yang anda cipta itu dan hantarkan ke alumnismkab@gmail.com.

Di bawah ini adalah logo alumni buat sementara waktu ini. Jika terdapat logo yang lebih menarik dari anda, insya-Allah logo tersebutlah yang akan dipilih kerana untuk tujuan pendaftaran persatuan alumni, setiap persatuan yang ingin mendaftar perlulah menyertakan sekali logo serta maksud-maksudnya supaya ianya jelas untuk tujuan berpersatuan.

LOGO

Kalau ada juga cadangan untuk tema alumni selain dari “Seiring Sejalan Bersama SMKAB” ini, bolehlah turut serta dengan mengutarakan cadangan anda tersebut. Terima kasih..

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN