Kursus Aspirasi Bestari
Kursus yang diadakan khas untuk ahli Briged Bestari yang berlangsung selama 4 hari. Kursus ini diadakan bagi menggantikan program tahunan, Minggu Jejak Bestari yang terpaksa dibatalkan untuk tahun ini kerana beberapa sebab tertentu. Seramai tiga orang bekas ahli briged bestari (alumni) terlibat sebagai fasilitator kursus ini. (15 Photos)
Kem Tunas Muda 09
Gambar-gambar alumni di sepanjang berlangsungnya program Kem Tunas Muda 2009 yang telah diadakan pada 29 Mei hingga 1 Jun yang lalu. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah SMKAB ini mendapat kerjasama daripada alumni SMKAB. Untuk maklumat lanjut, layari http://tunasmudasmkab.wordpress.com. (42 Photos)
Mesyuarat Alumni Kali Pertama
Antara yang hadir pada mesyuarat penaja pra alumni SMKA Baling bertempat di bilik kuliah. (9 Photos)
G3 - Reunion kali kedua
Reunion G3 di rumah sdri Rokiah, Kuala Ketil pada hari raya ke-4. Aktiviti reunion bagi batch SPM02 ini diadakan setelah kali terakhir mengadakan reunion pada tahun 2005. Kehadiran seramai lebih kurang 70 orang. (27 Photos)
Majlis Berbuka Puasa 2008
Majlis anjuran pelajar UIA PJ (SMKAB G8). Majlis yang ringkas namun cukup bermakna buat yang hadir. Program ini dijangkakan menjadi acara tahunan bagi wakil-wakil SMKAB di UIA PJ. (6 Photos)
Album
On July - 26 - 2009
Kepada alumni yang ingin berkongsi gambar-gambar yang berkaitan bolehlah emailkan gambar-gambar tersebut ke alumnismkab@gmail.com.

3 Responses
Assalamu’alaikum…
Saya nak bagi pendapat sedikit berkaitan dengan borang pendaftaran (yang dikatakan sebagai percubaan) untuk menjadi ahli Alumni SMKAB. Berkaitan dengan bahagian alamat. Pada pendapat saya,mungkin salah satunya boleh dijadikan sebagai ‘optional’ kerana bagi mereka (yang seperti saya ni) yang mana alamat tetap dan alamat semasanya sama,mengalami kesulitan untuk mendaftar kerana kedua-dua bahagian alamat tersebut tidak boleh diisi dengan alamat yang sama dan ia agak kurang menyenangkan. Harap pihak yang berkaitan dapat memberikan perhatian kepada masalah ini. Walaupun ia nampak remeh,tapi ia mungkin akan menyebabkan orang ‘hilang sabar’ dan ‘fed-up’ untuk mendaftar. Sekian,terima kasih. Wassalam.
Posted on September 28th, 2009 at 10:44 pm
Waalaikumussalamm..
Terima kasih kerana menurunkan komen dan juga pndapat. Mmg borang pndaftaran tu masih lg dlm prcubaan kerana belum diwar-warkan lg utk umum. Satu pndapat yg bagus tentang ruang alamat trsebut. Sistem tak dpt terima jika maklumat tersebut adalah sama. Insya-Allah, pihak admin akan memastikan kesulitan ini tidak brlaku lg. Terima kasih kerana mnjadi ‘tester’ utk borang tersebut. Apabila masalah ini selesai, kami akan war-warkan secara umum utk pndaftaran secara rasmi. Terima kasih sekali lagi..
Posted on September 30th, 2009 at 6:42 pm
Assalamualaikum,
Saya adalah merupakan dikalangan batch pertama yang mengambil SPM di SMKAB. Agak mengecewakan kerana sehingga kini batch kami tidak pernah sekalipun dipanggil untuk alumni sekolah. Mungkin juga kami sendiri sukar dikesan kerana sudah lama meninggalkan sekolah dan alamat sudah berubah. Melalui website ni, mungkin lebih mudah untuk saya mengesan guru-guru, kawan- kawan serta adik-adik yang telah lama terpisah. Banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama. Saya amat berharap agar web ini dapat diwar-warkan kepada semua dan menjadi SATU-SATUNYA web alumni rasmi sekolah.
Posted on November 26th, 2009 at 11:21 am
Add A Comment