Monday, February 6, 2012

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Archive for April, 2010

QUWWAH 2010

Posted by Alumni SMKAB On April - 1 - 2010

Setulus Pengorbanan, Seutuh Ukhuwwah”

TARIKH                 : 17 dan 18 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1432H (KHAMIS)

MASA                   : 7.00 pagi

TEMPAT               : Garaj Bas, SMKAB

PENGENALAN

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga mekar mewangi  dalam nostalgia setiap yang pernah bergelar pelajar SMKAB.  Pertemuan semula walaupun seminit akan pastinya akan mengubat rindu dan  memberi kesan yang paling bermakna.

Idea pertemuan setahun sekali  sangat  ringan untuk diungkap.  Ada yang berkata, setidak-tidaknya cukuplah dengan pertemuan setahun sekali sempena sambutan Aidilfitri.  Namun, bagi melengkapi ungkapan itu tak seringan mulut apabila menitah bicara.

Melihat pada realiti, Aidilfitri pada congak mulanya setiap ahli-ahli Alumni pastinya bercuti dan pulang kekampung dan dikira mudahlah untuk pertemuan ramai dibentuk. Namun, apabila melalui beberapa tahun-tahun Aidilfitri , ia tidak bisa dilengkapi kerana masa cuti yang dikira lapang itu, telah dipenuhi dangan segala aktiviti tetap dan rutin bagi setiap Aidilfitri .

Jadual cuti semestinya padat bagi, menziarahi keluarga , sanak saudara, keluarga mertua dan sahabat handai yang pastinya membuatkan pertemuaan Alumni berada pada priority yang agak terkemudian.  Cuti  yang mungkin hanya 5 hari pastinya tidak mencukupi.

Memahami dan meneliti pada reality tersebut maka lahirlah idea pertemuan Alumni  Aidilfitri diubah ke waktu lain yang lebih sesuai dan realistik. Kemunculan Quwwah 2010 yang julung diadakan ini adalah jawapan dan suatu pendekatan baru bagi mengamit hati Alumni untuk bertemu .

Pertemuan Alumni yang bakal diadakan,  mengambil semangat ketulusan ibadah Qurban dan bersamanya membina semula keutuhan ukhwah yang sudah lama terjalin suatu ketika dulu.  Bertepatan dengan tema Quwwah  2010 , “Setulus Pengorbanan  dan Seutuh Ukhuwwah”

OBJEKTIF

  • Membentuk suatu gambaran dan petunjuk  aras bagi sambutan ahli alumni terhadap Penubuhan Persatuan Alumni.
  • Mempertemu dan mengeratkan ukhuwah antara ahli alumni, staf akademik dan staf sokongan.
  • Memperkenalkan alumni kepada bekas pelajar dan para guru.
  • Memberi penerapan nilai ketulusan ibadah Qurban di kalangan  peserta Qurban dan keutuhan ukhwah pada setiap pihak yang terlibat dengan program Qurban.

SASARAN

  1. Penyertaan Qurban (1 bahagian = RM 350.00) & Aqiqah  (harga akan ditetap mengikut semasa)
  • G1          : 14 bahagian
  • G2          : 14 bahagian
  • G3          : 4 bahagian
  • G4          : 3 bahagian
  • GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN : 14 bahagian
  • JUMLAH : 49 BAHAGIAN
  1. Peserta Program

TENTATIF

17 November 2010

6.00 petang

Pendaftaran dan urusan penginapan

Makan malam

7.30 malam

Solat Maghrib Berjemaah

Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah

Solat Isya’ Berjemaah

9.00 malam

Sesi ramah mesra  dan BBQ

11.00 malam

Tidur

18 November 2010

7.00 pagi

Penyembelihan Qurban

Agihan daging Qurban kepada penduduk setempat, anak yatim dan

faqir miskin.

Gotong-royong menyediakan jamuan tengahari

12.00 tengahari

Ucapan Pengarah Program

Ucapan Pengetua SMK Agama Baling

Jamuan Makan Tengahari

1.30 tengahari

Solat Zuhur Berjemaah

Aktiviti bebas

disediakan oleh,

Pengarah Program Quwwah 2010

*semua alumni adalah dijemput untuk memeriahkannya walaupun tidak terlibat sebagai peserta.

*insya-Allah pendaftaran untuk peserta akan dibuka secara online sedikit masa lagi.

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN