Assalamualaikum dan salam akhir Ramadan..
Alhamdulillah, hari ini, genap sudah 28 hari kita berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Bulan Ramadan bakal melabuhkan tirainya menandakan Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Semoga diari Ramadan kita pada tahun ini diisi dengan sebaiknya walaupun dihimpit dengan kesibukan tanggungjawab yang lain.
Dikesempatan ini, ingin diucapkan selamat menyambut Aidilfitri buat semua alumni SMKA Baling, tak kira dimana saja berada. Semoga lebaran ini membawa erti kepada kita semua tentang keinsafan dan maksud sebenar hari penganugerahan tersebut. Maaf zahir dan batin.
Untuk makluman semua, dukacitanya dimaklumkan bahawa rancangan untuk mengadakan sambutan ‘reunion’ alumni SMKAB yang diwar-warkan sebelum ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh tertentu yang akan dimaklumkan kemudian. Kami ingin memohon maaf atas tidak dapat melaksanakannya buat julung kalinya diatas sebab-sebab tertentu.
Sehubungan dengan itu, diatas nasihat saudara pengerusi, adalah amat dialu-alukan untuk setiap ‘batch’ alumni SMKAB untuk mengadakan ‘reunion’ masing-masing pada hari raya ini. Diharapkan dengan berkumpulnya rakan-rakan seangkatan dahulu dapat mengukuhkan lagi pergerakkan persatuan alumni kita ini. Anda bolehlah merujuk ketua ‘batch’ masing-masing di halaman ‘Jawatankuasa’ di blog ini untuk mendapatkan maklumat tentang batch reunion anda.
Akhir kata, pihak jawatankuasa alumni sekali lagi ingin memohon maaf diatas pembatalan rancangan untuk mengadakan reunion mega pada hari raya ini.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri….
