Monday, February 6, 2012

Alumni SMK Agama Baling

Seiring Sejalan Bersama SMKAB

Archive for December, 2008

Mesyuarat Alumni

Posted by fiquer On December - 19 - 2008

meetingAssalamualaikum…buat julung kalinya, setelah diwar-warkan melalui pelbagai saluran, akhirnya bekas-bekas pelajar SMK Agama Baling dapat berkumpul dalam satu majlis yang bertujuan untuk membincangkan hala tuju alumni SMKAB. Bertempat di bilik kuliah SMKAB, mesyuarat yang diterajui oleh sdra. Zikrullah berjalan dengan baik sekali. Tahniah buat beliau yang pencetus kepada mesyuarat ini dan juga sebagai tunggak utama penggerak alumni. Dengan hanya yang hadir sekadar memenuhi bilik kuliah, namun tujuan utama mesyuarat tetap diteruskan.

Tarikh 6 Disember 2008 dipilih, mesyuarat bermula dengan perlantikan jawatankuasa Program Tunas Muda 2009 yang bakal berlangsung pada akhir bulan Mei nanti. Buat masa sekarang, hanya majlis tertinggi sahaja dilantik. Mesyuarat ini juga adalah julung kali diadakan secara terbuka, namun yang pastinya pemilihan fasilitator hanya pihak sekolah yang menentukan.

Mesyuarat disambung dengan agenda penubuhan penaja pra alumni SMKAB. Ramai yang bertanya kenapa dinamakan sebagai penaja pra alumni. Untuk makluman, untuk mendapat status sebagai persatuan alumni, sesebuah organisasi tersebut hendaklah didaftarkan secara rasmi. Justeru, nama ‘penaja pra alumni’ digunakan buat sementara sehingga proses pendaftaran persatuan selesai.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan tentang sistem label untuk setiap generasi (batch) SMKAB. Alhamdulillah, satu kesepakatan telah disimpulkan untuk menetapkan sistem label tersebut. Hasilnya, setiap generasi akan dilabelkan dengan G1 dan seterusnya berdasarkan tahun pengajian masing-masing.

Susunan Generasi SMKAB
Susunan Generasi SMKAB

Moga dengan sistem perlabelan tersebut, ia dapat memudahkan proses pengurusan alumni nanti. Majlis diteruskan dengan perlantikan jawatankuasa penaja pra alumni. Alhamdulillah, sekali lagi kesepakatan tercapai. Satu jawatankuasa dibentuk melalui perlantikan sebulat suara oleh alumni yang hadir. (boleh rujuk di Jawatankuasa)

Majlis kemudiannya bersurai selepas mendengar sedikit ceramah yang disampaikan oleh bekas ketua warden asrama SMKAB, cikgu Othman Ahmad yang memberi sedikit sebanyak penerangan tentang sejenis perniagaan yang diceburinya. Alhamdulillah, beliau sangat penyokong penubuhan semula alumni SMKAB.

Bagi jawatankuasa yang telah dilantik, mesyuarat buat kali pertama organisasi telah diadakan di surau SMKAB. Dalam mesyuarat ini, banyak agenda dibincangkan dalam mengorak langkah sebagai pertubuhan alumni. Antaranya adalah mengumpul semula maklumat alumni SMKAB, merencana program bersama pihak sekolah, serta membincangkan tentang peranan yang harus dimainkan oleh sesebuah alumni terhadap sekolah.

Mesyuarat ditutup dengan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan oleh setiap jawatankuasa yang telah dipilih. Diharapkan agar mesyuarat buat kali pertama ini menjadi pemangkin dan langkah pertama dalam mengorak langkah untuk menjadikan alumni SMKAB sebagai salah sebuah alumni yang berjaya sekali. Insya-Allah..

Video Today

Video imbasan program Tunas Muda pada tahun 2008. Program anjuran Jawatankuasa Pembentukan Sakhsiah dengan kerjasama bekas-bekas pelajar SMKAB.

USER LOGIN